Si Gigi Besi

............ (senyap seketika)... HELLO EVERYONE!! Sudah sangat lama blog ini dibiarkan berdebu. Tiup siket debu2 tuh. fuh3.. uhuk3. hehe. Ok dah. Hmm.. sejak lama dunia berblogging ni aku tinggalkan, banyaaakkkk sangat benda dah berlaku. For one thing, aku dah naik tahun tiga sekarang. yay! Aku pulak dah berumur 20 tahun..dan dah kembali semula ke Egypt...dan..dan...dan.. haha.. banyak. Oh ye, dan aku dah bukak braces! yay! Tak percaya? tengok ni:

Alhamdulillah...lega.. walaupun aku dah 2 tahun dgn berbesar hatinya menjadi duta braces neh, tapi bila bukak, girangnya hati ini tak terkata. hahaha.. Bersempena memperingati arwah braces aku, aku dedikasikan post ini untuk beliau. Kisah pengalaman pakai braces ni aku dedikasikan buat Nani yang bakal cabut gigi malam ni. hehe.., dan untuk mereka2 yang dilahrikan dengan a perfect set of teeth. Semoga korang dapat menghayati perjalanan kami2 yang tidak dilahirkan dengan gigi yang perfect ini... haha.

The Journey
Aku ingat lagi, masa mula2 sampai Alex ni, salah satu perkara yang menarik perhatian aku adalah bila senior kata braces sini murah... Aku pun memang sejak form 2 nak pakai braces, tapi hajat tak kesampaian. Check2 harga, memang murah sangat berbanding kat Malaysia. 5500LE sahaja which is equal to RM3000. Kalau kat klinik swasta di Malaysia, mungkin dalam RM 5000 jugak kena. Aku apalagi, dengan perasaan eksaited pegi call mak aku, pastu tanya nombor telefon Orthodontist kat senior. Nak kata punyalah eksaited aku, sebelum kelas start masa 1st year lagi aku dah start proses pakai braces tu. 

The Early Visits
Masa mula2 jumpa orthodontist aku, Dr Amru, aku memang kagum dengan beliau, sebab pertama, gigi dia perfect. sebab kedua, dia seperti sangat2 passionate dengan kerjaya beliau sebagai orthodontist. hehe. Kali pertama aku visit dia, dia ambik impression gigi aku.Dalam bahasa yang lebih mudah difahaminya, dia ambik plastisin yang korang selalu main masa sekolah rendah tu, pastu letak kat gigi aku. Dengan impression itu nanti    dia akan study gigi kau, dan plan macam mana dia nak luruskan gigi kau yang berlapis2 macam kek lapis itu.. Impression tu rupa dia macam ni:

Dan Aku Pun Pakai Braces..

Oleh sebab aku mengalami masalah 'overlapping', jadi Doktor Amru cabut gigi aku dua bijik.. Takut woo nak cabut gigi.. Sejak kecik aku tak pernah cabut gigi kat dentist. Semua gigi2 susu aku tercabut dengan sendirinya. Tapi reaksi spontan aku masa masuk jumpa Dr Amru masa tu, aku nampak eksaited. haha. aku cakap Hai kat dia.. eksaited semacam sampai Dr tu tanya, "Do you know what I am going to do to you tonight?" Aku jawab "Yes, you are going to pull out my tooth" Dr tu cakap lagi " Then why are you so happy??" hahaha... Masa dia nak anesthetize aku pejam mata. Tak sanggup nak tengok saiz jarum tu. Aku takut nanti aku lari keluar sebab ketakutan. (Sebab pernah berlaku masa form three, mase tu ade injection ape tah kat sekolah. haha)

Dua tiga hari lepas gigi dicabut, aku dipakaikan braces.. jadilah aku Hum si gigi besi. haha.. Jumpa Dentist tiap-tiap bulan..Mula2 pakai tu memang sakit. Sakit dia sampai tahap gigi aku tak boleh kena sudu pun. Dalam 2 minggu lebih aku makan sup, bubur, makanan baby dlm tin..haha.. 

Setelah Dua Tahun..

Lepas dua tahun, aku dah habis treatment dan braces aku pun dibukak..yay!! BUT.. aku kena continue pakai retainer. Rupa dia mcm ni..


Dan bila dipakai rupa macam ni...


Ratainer ni boleh dibuka, jadi setiap kali aku nak makan, aku akan bukak..haaa... dan lepas satu tempoh masa, (dlm 2 bulan lagi) aku hanya pakai masa tidur.. haaaa... itulah dia. kisah Hum dan Braces. 

Sebagai penutup, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada mereka2 yang dalam process nak pakai atau tengah pakai braces. Enjoy the journey! Sakit2 sekarang, hasilnya nanti memang berbaloi! You will feel more confident, dan dah tak malu dah senyum nampak gigi. dan lepas tu kau akan jadi sawan kamera. percayalah cakap aku ni. hahaha.

GOOD LUCK NANI!







4 Comments:

Muhammad Fikri B. Abu Hasan said...

kamera dah siap sedia utk awk.:-)hehe.byk pengalaman braces kan.hehe.

AnAk iBu said...

ya mami, kini sudah faham perjalanan seorang pemakai besi. terima kasih. sayang mami.

akumpuntowk said...

myraaaa~~~.hehe form 3 ya kau lari dr injection dmam campak..hahahaha

kembatolo™ said...

haish!
apsal tetibe berminat nak pakai nie..?
hahaha..


up